Syarat, Panduan Permohonan dan Senarai Semak

SYARAT – SYARAT UMUM

1. Pemegang lesen hendaklah mematuhi Undang-Undang Negeri Pahang Peruntukan Enakmen 5, Enakmen Sumber Air 2007 dan semua peraturan yang digubal di bawahnya.

2. Badan Kawal Selia Air / Kerajaan Negeri / Pihak Berkuasa Negeri tidak akan menanggung apa- apa kerugian atau kerosakan disebabkan oleh apa - apa tindakan, tinggalan atau salah laku seseorang pemegang lesen.

3.Pemegang lesen hendaklah memaklumkan kepada Badan Kawal Selia Air sebarang maklumat, data, pelan, dan data peta yang dihasilkan oleh pemegang lesen dalam tempoh lesen sedang berkuatkuasa. Segala laporan hendaklah diserahkan kepada Badan Kawal Selia Air sepertimana diarahkan.

4.Pemegang lesen hendaklah memaklumkan kepada Badan Kawal Selia Air sebarang kejadian atau kemalangan yang mungkin mengakibatkan kesan buruk terhadap mana-mana sumber air dan persekitaranya.

5. Pemegang lesen adalah tertakluk kepada arahan, perintah, syarat, dan syarat-syarat tambahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa atau pada ketika kemarau atau bagi tujuan perlindungan, pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan serta sumber air.

6.Pegawai Badan Kawal Seliar Air hendaklah mempunyai akses bebas untuk memasuki premis pemegang lesen pada bila-bila masa sekiranya diperlukan bagi memastikan syarat-syarat yang dikenakan sentiasa dipatuhi.

7. Badan Kawal Selia Air boleh membatal atau menggangtung lesen atau mengeluarkan arahan memberhentikan operasi dengan serta merta sekiranya didapati pemegang lesen gagal untuk mematuhi mana-mana arahan, perintah, syarat, atau syarat-syarat tambahan yang ditetapkan atau dikeluarkan dari semasa ke semasa.

8. Pemegang lesen juga hendaklah mematuhi sebarang peruntukan undang-undang bertulis termasuk Akta, Enakmen, Ordinan, Undang-Undang Kecil, peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah dan undang-undang yang terpakai ketika ini dan mana-mana undang-undang yang digubal pada masa akan datang.

9. Pemegang lesen diwajibkan untuk mempamerkan lesen ini di tempat atau di sudut terbuka yang mudah dilihat di premis masing-masing.

SYARAT – SYARAT KHUSUS

1. Pemegang lesen hendaklah menyediakan kelengkapan sukatan atau rakaman yang dibenarkan untuk menentukan jumlah kuantiti air yang digunakan sepertimana diarahkan oleh Badan Kawal Selia Air.

2. Pemegang lesen tidak dibenarkan untuk membuat sebarang lencongan atau sekatan terhadap mana-mana aliran semulajadi sumber air kecuali di dalam kawasan yang telah dilesenkan kepada mereka.

3.Pemegang lesen tidak dibenarkan untuk mengubah atau menganggu atau menyebabkan atau membenarkan diubah atau diganggu mana-mana kawasan badan air seperti tebing sungai, anak sungai atau alur sumber air kecuali mendapat kebenaran daripada Badan Kawal Selia Air.

4.Sekiranya pemegang lesen berhasrat untuk menamatkan aktiviti pengambilan air makluman hendaklah dibuat kepada Badan Kawal Selia Air bagi mengelakkan berlakunya sebarang kerosakan atau percemaran terhadap kawasan sumber air dan persekitaran.

5.Pemegang lesen juga bertanggungjawab untuk memastikan sebarang aktiviti yang dilakukan di dalam kawasan sumber air tidak mengakibatkan sebarang pencemaran kualiti atau gangguan terhadap aliran semulajadi sumber air.

6.Pemegang lesen adalah dilarang untuk menggunakan bekalan sumber air dengan cara yang tidak wajar ataupun dengan cara yang tidak berhemah.

SYARAT – SYARAT TAMBAHAN

1. Pemegang lesen dikehendaki mengemukakan laporan rekod jumlah kuantiti penggunaan air mentah kepada Badan Kawal Selia Air untuk setiap enam (6) bulan bagi tujuan pemantauan dan penyelarasan bayaran sekiranya diperlukan.

2. Permohonan pembaharuan lesen penggunaan sumber air hendaklah dikemukakan tiga (3) bulan sebelum tamat tempoh lesen sedia ada.

PANDUAN DAN SENARAI SEMAK PERMOHONAN BARU (PERTAMA KALI)

1. Borang Permohonan telah diisi dengan lengkap.

2. Maklumat pemohohon adalah jelas, mencukupi dan boleh dihubungi.

3. Sekurang-kurangnya satu (1) tujuan penggunaan air mentah diisi.

4. Butiran penggunaan air bumi adalah jelas dan lengkap.

5. Maklumat pemilikan tanah dilengkapkan (jika berkaitan).

6. Salinan Sijil Daftar Niaga Disertakan

7. Pelan kunci & Peta lokasi pengambilan air mentah disertakan.
(Lengkap dengan nama sungai, mukim, daerah dan maklumat koordinat).

8. Lukisan dan maklumat rekabentuk telaga pemantau disertakan.

9. Salinan dokumen pemilikan tanah yang berkaitan disertakan, termasuklah surat kebenaran menduduki/sewa (jika berkaitan).

PANDUAN DAN SENARAI SEMAK PEMBAHARUAN (RENEW)

1. Borang Permohonan telah diisi dengan lengkap.

2. Maklumat pemohohon adalah jelas, mencukupi dan boleh dihubungi.

3. Sekurang-kurangnya satu (1) tujuan penggunaan air mentah diisi.

4. Butiran penggunaan air bumi adalah jelas dan lengkap.

5. Maklumat pemohon adalah sama seperti pemohon terdahulu.
(Sila kemaskini maklumat sekiranya terdapat perubahan)

7. Maklumat lokasi pengambilan sumber air adalah sama seperti permohonan terdahulu..
(Sila kemaskini maklumat sekiranya terdapat perubahan)

8. Maklumat pemilikan tanah adalah sama seperti permohonan terdahulu dan mesti sah mengikut perundangan semasa.

9. Permohonan PEMBAHARUAN adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

PANDUAN DAN SENARAI SEMAK PERMOHONAN BARU (PERTAMA KALI)

1. Borang Permohonan telah diisi dengan lengkap.

2. Maklumat pemohohon adalah jelas, mencukupi dan boleh dihubungi.

3. Sekurang-kurangnya satu (1) tujuan penggunaan air mentah diisi.

4. Maklumat kapasiti penggunaan dan lokasi pemgambilan sumber air adalah jelas dan lengkap.

5. Maklumat muka sauk (D1) dan pam (D2) adalah jelas dan lengkap.

6. Maklumat perunding dilengkapkan(jika berkaitan).

7. Salinan Sijil Daftar Niaga Syarikat Disertakan.

8. Pelan kunci & peta lokasi pengambilan air mentah disertakan.
(Lengkap dengan nama sungai, mukim, daerah dan maklumat koordinat).

PANDUAN DAN SENARAI SEMAK PEMBAHARUAN (RENEW)

1. Borang Permohonan telah diisi dengan lengkap.

2. Maklumat pemohohon adalah jelas, mencukupi dan boleh dihubungi.

3. Sekurang-kurangnya satu (1) tujuan penggunaan air mentah diisi.

4. Maklumat kapasiti penggunaan dan lokasi pemgambilan sumber air adalah jelas dan lengkap.

5. Maklumat muka sauk (D1) dan pam (D2) adalah jelas dan lengkap.

6. Maklumat perunding dilengkapkan(jika berkaitan).

7. Maklumat pemohon adalah sama seperti pemohon terdahulu.
(Sila kemaskini maklumat sekiranya terdapat perubahan)

8. Maklumat lokasi pengambilan sumber air adalah sama seperti permohonan terdahulu.
(Sila kemaskini maklumat sekiranya terdapat perubahan)

9. Permohonan PEMBAHARUAN adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

PANDUAN DAN SENARAI SEMAK PERMOHONAN BARU (PERTAMA KALI)

1. Borang Permohonan telah diisi dengan lengkap.

2. Maklumat pemohohon adalah jelas, mencukupi dan boleh dihubungi.

3. Lokasi jeti adalah lengkap, jelas dan mudah dikenal pasti.

4. Sekurang-kurangnya satu (1) jenis barang tetapi tidak lebih daripada tiga (3) jenis barang diisi.

5. Sekurang-kurangnya satu (1) anggaran muatan di ruangan D diisi.

6. Maklumat tanah dan pemilikannya di E dan F adalah jelas dan lengkap.

7. Sekurang-kurangnya satu (1) jenis vesel ditandakan.

8. Salinan Sijil Daftar Niaga Syarikat disertakan.

9. Pelan kunci & peta lokasi pengambilan air mentah disertakan.
(Lengkap dengan nama sungai, mukim, daerah dan maklumat koordinat).

10. Salinan dokumen pemilikan tanah yang berkaitan disertakan, termasuklah surat kebenaran menduduki / sewa (jika berkaitan).

PANDUAN DAN SENARAI SEMAK PEMBAHARUAN (RENEW)

1. Borang Permohonan telah diisi dengan lengkap.

2. Maklumat pemohohon adalah jelas, mencukupi dan boleh dihubungi.

3. Lokasi jeti adalah lengkap, jelas dan mudah dikenal pasti.

4. Sekurang-kurangnya satu (1) jenis barang tetapi tidak lebih daripada tiga (3) jenis barang diisi.

5. Sekurang-kurangnya satu (1) anggaran muatan di ruangan D diisi.

6. Maklumat tanah dan pemilikannya di E dan F adalah jelas dan lengkap.

7. Sekurang-kurangnya satu (1) jenis vesel ditandakan.

8. Maklumat pemohon adalah sama seperti pemohon terdahulu.
(Sila kemaskini maklumat sekiranya terdapat perubahan)

9. Maklumat lokasi pengambilan dan butiran penggunaan adalah sama seperti permohonan terdahulu.

10. Permohonan PEMBAHARUAN adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

alt : test.pdf


Laman Utama